Tuesday, April 8, 2014

FARDHU WUDUK

Oleh Dakwah@Bazilin (http://bazilin.blogspot.com/2012/02/wuduk.html)


Solat merupakan sendi atau tiang agama. Sesuai dengan kedudukannya sebagai teras ibadat, ia bermula dengan amalan berwuduk diikuti pula oleh jenis-jenis solat sama ada wajib ataupun sunat, solat berjemaah, solat jumaat dan segala hal yang berkaitan dengannya.

Fardhu Wuduk Ada Enam(6) Perkara

1. Niat

Lafaz niat wuduk:


2. Membasuh Muka

Membasuh Muka
Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut. Melintang pula di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut dan sebagainya.
Sempadan Muka
Walau bagaimanapun, sunat melebihkan sedikit had basuhan di atas kepala, ke telinga dan juga di bawah dagu.

3. Membasuh Kedua-dua Belah Tangan Hingga ke Siku
Membasuh Tangan
Maksud membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ini bukanlah bererti sampai ke siku sahaja, malah hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuk ke celah-celah kuku (sekiranya kuku itu panjang).

Sekiranya kuku itu mengandungi kekotoran hendaklah dibuang terlebih dahulu. Pastikan bahawa tiada sesuatu apa pun benda-benda yang menghalang sampainya air ke kulit, begitu juga bulu-bulu yang terdapat pada anggota wuduk.

4. Menyapu Sedikit Air di Bahagian Kepala


Menyapu Air di Kepala
Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.

5. Membasuh Kaki hingga Dua Buku Lali

Membasuh Kaki
Sebagaimana juga tangan, maka apabila disebut buku lali, maka sunat juga membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. Begitu juga diwajibkan menyampaikan air ke dalam kuku-kuku kaki dan sebagainya.

6. Tertib

Iaitu didahulukan mengikut giliran yang ditentukan.



.

10 Sebab Meraih Mahabbah kasih Allah Azza wajalla kepada hamba-Nya -oleh Abu Anas Madani

10 Sebab Meraih Mahabbah kasih Allah Azza wajalla kepada hamba-Nya oleh Abu Anas Madani ( http://www.abuanasmadani.com/?p=2215#more-2215)


Meraih Mahabbah Cinta Allah

Alhamdulillah al-Faqir Abu Anas Madani telah selesai syarah Sepuluh Sebab Untuk Mendapat Mahabbah Atau Kasih Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui kitab ini serta beberapa tambahan dan huraian.
Lihat link huraian Bahasa Arab di:
الأسباب الموجبة
لمحبة الله
الأسباب العشرة الموجبة لمحبة الله
Sepuluh sebab atau cara ini disebut oleh Sheikh Ibnu Al-Qayyim rahimahullah dalam Kitab “Madarij As-Salikin” – مدارج السالكين ).
10 Cara Untuk Mendapat Mahabbah Atau Kasih Allah;
1- Baca Al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2- Bertaqarrub kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.
3- Sentiasa berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan.
4- Melebihkan cinta kepada Allah di atas kecintaan kepada perkara lain.
5- Mutalaah dengan hati akan nama-nama dan sifat-sifat Allah.
6- Menyaksikan dengan mata hati (musyahadah) akan kebaikan dan limpah kurnia Allah zahir dan batin.
7- Tundukkan hati secara meyeluruh di hadapan keagungan Allah.
8- Sentiasa berkhalwat dengan ibadat kepada Allah pada waktu sunyi di akhir malam.
9- Bersahabat dan duduk dalam majlis ilmu bersama orang yang soleh.
10- Jauhkan diri dari semua perkara yang boleh menjauhkan hati dari Allah Azza wa jalla.

Semoga mendapat manfaat dari kuliah ini.
Akhukum,Abu Anas Madani,
Pondok Sungai Durian.
16 Mac 2014.



.